MAT SELIM

0 comments

Ayam ni adalah dari baka tok uban merah..sekarang ni ia merupakan salah sekor pembaka utama reban..telah menghasilkan 2 lapisan anak..tapi sayang semua anak jantan telah ditebas oleh 2 orang cina penang..ada 2 ibu yang sedang mengeram...
Ayam ni pernah saya publish dalam mudah.com semasa muda...dan telah bertukar hakmilik kepada rakan baik saya jugak...
Tapi kini ia telah kembali ke reban asal untuk proses kacukan yang lebih berhemah secara close inbreeding untuk menghasilkan patern n cuting semasa.insyallah.
Mungkin selepas ini saya akan pamerkan pembaka teras yang saya gunakan telah sekian lama...baka anjaria

MUHASABAH RAMADAN

0 comments
SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri
Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayat Muslim

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)
Jendela Hikmah.

Gambar menjolok mata

0 comments
Dibulan puasa ni elakkan lah melihat benda2 yang menjolok mata...jaga mata tu elok-elok nanti mata anda akan ditanya apa yg telah anda lihat...kalau dah tak tahan sangat nak melihat benda-benda yang menjolok...jolok je mata macam dalam gambar tu...keh..keh..huhuh

Btina bwh 18

0 comments

yang ni seko je yang sempat snap kemarin....dh 3 hari hujan berturut-turut.....hujan rahmat di awal ramadan...ada byk ekor lagi adik bradik dia niii...

REDBULL(SOLD)

0 comments


Ayam muda yang telah siap...lepas raya ni rasanya akan masuk kategori A...mempunyai lawi yang halus dan keras...saiz tubuh yang halus...

Ayam sedarah dengannya berwarna putih telah berada di negeri Sabah...

Awal Rmaja Uban(SOLD-PENANG)

0 comments
Berumur dalam 4 bulan setengah...pra remaja...tubuh yang slim dan tengkok yang agak panjang...

Rmaja Uban BA(SOLD)

0 comments
Remaja yang mempunyai struktur tubuh yg kemas dan pacak sayap yang lurus menutup kaki .. amat galak diatas meja..

Tok Uban Ketayap Putih

0 comments

remaja tok uban..mempunyai roma warna yang lembut dan menarik.Tubuh dan saiz badan yg kecik.ekor muda dah salin..

Mat kool

0 comments

Bapak yang digunakan sepenuhnya sebagai pembaka.Kini telah menghasilkan 5 ekor anak yang masih dalam pemerhatian.

Pengenalan

0 comments
Salam..

Selamat berkenalan buat semua peminat-peminat ayam serama.Semuga blog ini akan memeriahkan lagi kehangatan aura ayam serama di malaysia di samping mengeratkan lagi talian persaudaraan.

Sudah 10 tahun saya melayani hobi bela serama dan inilah kepuasan yang saya dapat melalui gambar dan koleksi yang telah dihasilkan.

Sama-samalah kita berdiskusi secara berhemah.