Anak Ara(SOLD-PENANG)

0 comments



Berumur dalam 3 bulan.mempunyai package aksesori anak yang siap.Sais tubuh yang sederhana.

MAT TOP(SOLD-KEDAH)

0 comments

Pe kabar kawan2 semua...

Ayam ini masih berada dalam kategori remaja tapi mempunyai gaya dan perangai ayam muda...hyperaktif dengan aktiviti ngebas dan tarik yang buas...bersesuaian dengan sifat galaknya sy telah ajar dia panjat ibu..(shyyyy..bulan posa nihhhh bang..sendiri mau paham la)...

BERGEGARRRR LAGIIII

Aiyoooo...semalam sebelom bagi dia tido...lap le skit ekor dia ngn air...tetiba tercabut(meluruh) 2 helai..adusss target nk turun game kat tganu tak bole la...simpan lagi ayam niii...bila la bole bawa main ayam niii..
bukan senang nak menandingi player2 baru dan blogger yang semua kini dh mempunyai barang baik lagi super power...ada yang gegar sampai ke ekor..ada yang mengebas bertubi-tubi..ada yang dok menari atas meja..sambil minum kopi pulak tu....ada yang lawan meja...huuhh macam-macam..jangan patuk kepala pengadil dah lerrr...kehkehkeh..

selamat bertanding...eheh...selamat hari raya dulu...10q

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

0 comments
Buat semua rakan-rakan muslimin dan muslimat hari ni adalah hari yang ke19 kita berpuasa pada tahun ni..jadi kita dah sampai ke 10 malam terakhir bulan ramadhan .jadi kita digalak perbanyakkan solat sunat dan tadarrus Al-Quran. Allah s.w.t akan menjadikan salah satu malam daripada malam2 tersebut sebagai malam lailatul qadar dan barangsiapa yang beramal dimalam tersebut adalah lebih baik daripada 1000 bulan.

Setakat ini kita selalu dok mengejar barang baik..baka baik..ayam baik..jantan baik..ibu baik..anak baik..dan banyak lagi yang baik..APA KATA KITA KEJAR MALAM YANG BAIK NI DULU...SETTT ..OK...insyallahhh..

Petua oleh imam Ghazali dan lain2 ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar.
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
1- Ahad atau Rabu - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
2- Isnin - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
3- Selasa atau Jumaat - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
4- Khamis - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
5- Sabtu - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan

Berdasarkan petua diatas,insyallah malam qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan bersamaan dengan 16 Sept.2009(malam).Walau bagaimanapun janganlah ibadat pada malam ini sahaja,carilah malam qadar pada malam2 ganjil yang lain juga!!!!!!!!.

Tanda2 malam qadar:

1- malam itu tenang,tidak dingin dan tidak panas
2- siangnya cahaya matahari warnanya pucat
3- pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang sedang beribadat dan tandanya ialah tiba2 kita rasa sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba2...

semua penulisan diatas adalah...Yang baik datang dari ALLAH..Yang tak baik tu datang dari kelemahan diri saya sendiri...

JOM...AYUH..MARI..MEH... KITA BERIBADAT.


RAYA SALE

0 comments

Sale Hari Raya....Rm450(harga kos)

Bapak yang sesuai untuk dijadikan pembaka..slim n tinggi.Tengah dok galak gila betina la ni..










Sale hari Raya....RM700(harga kos)

Bapak putih ni mempunyai gaya atau style tarik kepala yang unik sikit..kedudukan tengkok/lehernya yang menunduk semasa ia tarik nampak mcm kuda.




ayam ini adalah kepunyaan kawan (ckgu) dan dibeli pon dari kawan saya juga..tuan ayam ni mempunyai sifat atau feel yg unik sikit..setakat yang saya kenal beliau dia ni asyik beli ayam jantan sahaja..especially ayam yg nampak struktur tubuh yang ganas dan gagah.maklomla ckgu ni dulu sorang ahli bina badan..la ni dia dah rasa ada banyak ekor bapak kat reban ..so dia nak jual 2 ekor bapak pada harga kos... Saya hanya tolong promosi saja bagi pihak beliau sebab ckgu ni kurang arif tentang selok belok jual ayam.Pada sesapa yang bekenan..kontek saya terus utk urusan penghantaran..

Mat Raja

0 comments

no comment..
untuk santapan mata d bulan posa ....susah nk snap gambar...ayam ni jenis ganas...

MAT SELIM

0 comments

Ayam ni adalah dari baka tok uban merah..sekarang ni ia merupakan salah sekor pembaka utama reban..telah menghasilkan 2 lapisan anak..tapi sayang semua anak jantan telah ditebas oleh 2 orang cina penang..ada 2 ibu yang sedang mengeram...
Ayam ni pernah saya publish dalam mudah.com semasa muda...dan telah bertukar hakmilik kepada rakan baik saya jugak...
Tapi kini ia telah kembali ke reban asal untuk proses kacukan yang lebih berhemah secara close inbreeding untuk menghasilkan patern n cuting semasa.insyallah.
Mungkin selepas ini saya akan pamerkan pembaka teras yang saya gunakan telah sekian lama...baka anjaria

MUHASABAH RAMADAN

0 comments
SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri
Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayat Muslim

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)
Jendela Hikmah.

Gambar menjolok mata

0 comments
Dibulan puasa ni elakkan lah melihat benda2 yang menjolok mata...jaga mata tu elok-elok nanti mata anda akan ditanya apa yg telah anda lihat...kalau dah tak tahan sangat nak melihat benda-benda yang menjolok...jolok je mata macam dalam gambar tu...keh..keh..huhuh

Btina bwh 18

0 comments

yang ni seko je yang sempat snap kemarin....dh 3 hari hujan berturut-turut.....hujan rahmat di awal ramadan...ada byk ekor lagi adik bradik dia niii...

REDBULL(SOLD)

0 comments


Ayam muda yang telah siap...lepas raya ni rasanya akan masuk kategori A...mempunyai lawi yang halus dan keras...saiz tubuh yang halus...

Ayam sedarah dengannya berwarna putih telah berada di negeri Sabah...

Awal Rmaja Uban(SOLD-PENANG)

0 comments
Berumur dalam 4 bulan setengah...pra remaja...tubuh yang slim dan tengkok yang agak panjang...

Rmaja Uban BA(SOLD)

0 comments
Remaja yang mempunyai struktur tubuh yg kemas dan pacak sayap yang lurus menutup kaki .. amat galak diatas meja..

Tok Uban Ketayap Putih

0 comments

remaja tok uban..mempunyai roma warna yang lembut dan menarik.Tubuh dan saiz badan yg kecik.ekor muda dah salin..

Mat kool

0 comments

Bapak yang digunakan sepenuhnya sebagai pembaka.Kini telah menghasilkan 5 ekor anak yang masih dalam pemerhatian.

Pengenalan

0 comments
Salam..

Selamat berkenalan buat semua peminat-peminat ayam serama.Semuga blog ini akan memeriahkan lagi kehangatan aura ayam serama di malaysia di samping mengeratkan lagi talian persaudaraan.

Sudah 10 tahun saya melayani hobi bela serama dan inilah kepuasan yang saya dapat melalui gambar dan koleksi yang telah dihasilkan.

Sama-samalah kita berdiskusi secara berhemah.