MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Buat semua rakan-rakan muslimin dan muslimat hari ni adalah hari yang ke19 kita berpuasa pada tahun ni..jadi kita dah sampai ke 10 malam terakhir bulan ramadhan .jadi kita digalak perbanyakkan solat sunat dan tadarrus Al-Quran. Allah s.w.t akan menjadikan salah satu malam daripada malam2 tersebut sebagai malam lailatul qadar dan barangsiapa yang beramal dimalam tersebut adalah lebih baik daripada 1000 bulan.

Setakat ini kita selalu dok mengejar barang baik..baka baik..ayam baik..jantan baik..ibu baik..anak baik..dan banyak lagi yang baik..APA KATA KITA KEJAR MALAM YANG BAIK NI DULU...SETTT ..OK...insyallahhh..

Petua oleh imam Ghazali dan lain2 ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar.
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
1- Ahad atau Rabu - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
2- Isnin - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
3- Selasa atau Jumaat - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
4- Khamis - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
5- Sabtu - Malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan

Berdasarkan petua diatas,insyallah malam qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan bersamaan dengan 16 Sept.2009(malam).Walau bagaimanapun janganlah ibadat pada malam ini sahaja,carilah malam qadar pada malam2 ganjil yang lain juga!!!!!!!!.

Tanda2 malam qadar:

1- malam itu tenang,tidak dingin dan tidak panas
2- siangnya cahaya matahari warnanya pucat
3- pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang sedang beribadat dan tandanya ialah tiba2 kita rasa sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba2...

semua penulisan diatas adalah...Yang baik datang dari ALLAH..Yang tak baik tu datang dari kelemahan diri saya sendiri...

JOM...AYUH..MARI..MEH... KITA BERIBADAT.


0 comments:

Post a Comment